4 Courses
Food Science
Kursus Kaedah Pemeriksaan Mikrobiologi Makanan ini memberi pendedahan menyeluruh kepada prinsip, teknik dan aplikasi pemeriksaan mikrobiologi dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan. Kursus ini merangkumi kaedah pengiraan mikroorganisma, teknik pengkulturan dan pengasingan mikroorganisma, serta pendekatan pengesanan melalui analisis biokimia dan teknik molekular. Pelajar akan memahami kaedah konvensional dan moden yang digunakan dalam analisis mikrobiologi makanan, termasuk interpretasi keputusan makmal serta hubungannya dengan piawaian keselamatan makanan. Kursus ini sesuai untuk pelajar, pengamal industri makanan dan makmal yang terlibat dalam kawalan mutu dan keselamatan makanan.
Food Science
Pengenalpasti Patogen Dalam Makanan Menggunakan Teknik Pengimejan
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah moden dalam mengenalpasti patogen yang mencemari makanan dengan menggunakan teknologi pengimejan. Peserta akan diperkenalkan kepada asas mikrobiologi makanan, jenis-jenis patogen utama yang sering ditemui, serta cabaran dalam kaedah konvensional pengesanan. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada teknik pengimejan terkini termasuk mikroskopi, pengimejan berasaskan sensor, serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin dalam analisis imej. Kursus ini juga menekankan aspek praktikal dengan sesi latihan hands-on untuk memahami bagaimana data imej diproses, dianalisis, dan digunakan bagi tujuan pengesanan pantas serta pemantauan kualiti makanan. Dengan gabungan teori dan aplikasi, kursus ini sesuai untuk penyelidik, pelajar pascasiswazah, pegawai makmal, dan pengamal industri makanan yang ingin meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam kaedah inovatif bagi memastikan keselamatan makanan.
Food Science
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas dan aplikasi mikrobiologi makanan dengan tumpuan khusus kepada mikroorganisma patogen yang memberi kesan kepada keselamatan, kualiti, dan jangka hayat makanan. Pelajar akan mempelajari prinsip kawalan kualiti mikrobiologi melalui pengesanan mikroorganisma indikator dan patogen, memahami mekanisme kerosakan makanan akibat faktor intrinsik dan ekstrinsik, serta mengenal pasti penyakit bawaan makanan yang berpunca daripada bakteria, kulat, virus, dan toksin semula jadi. Turut diberi penekanan ialah aspek pertumbuhan dan kawalan mikroorganisma, termasuk faktor persekitaran yang mempengaruhi pembiakannya serta strategi pencegahan pencemaran. Melalui gabungan kuliah, video interaktif, dan tugasan penilaian kendiri, kursus ini melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran asas dalam menilai, mengesan, dan mengawal risiko pencemaran mikrobiologi makanan untuk menjamin keselamatan pengguna di peringkat global.
Food Science
Kursus ini membincangkan peranan mikroorganisma bermanfaat dalam
penghasilan dan pembangunan produk makanan yang selamat, berkualiti serta
bernilai tambah. Fokus utama diberikan kepada konsep asas fermentasi
makanan serta aplikasi mikroorganisma seperti bakteria asid laktik, yis dan kulat
dalam menghasilkan makanan tradisional dan moden. Selain itu, kursus ini turut
menekankan kepentingan probiotik dan prebiotik dalam meningkatkan
kesihatan usus serta sistem imun manusia. Perbincangan juga meliputi teknologi
penghasilan protein sel tunggal (Single Cell Protein, SCP) sebagai sumber protein
alternatif yang berpotensi untuk menampung keperluan makanan global.
Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh pengetahuan tentang jenis
mikroorganisma bermanfaat, proses bioteknologi makanan berasaskan
fermentasi, serta inovasi produk berasaskan probiotik, prebiotik dan SCP. Kursus
ini diharap dapat melahirkan graduan yang memahami kepentingan
mikroorganisma dalam industri makanan dan berupaya mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D),
penghasilan produk makanan inovatif, serta pengurusan keselamatan dan kualiti
makanan.