Food Science
Kursus ini membincangkan peranan mikroorganisma bermanfaat dalam
penghasilan dan pembangunan produk makanan yang selamat, berkualiti serta
bernilai tambah. Fokus utama diberikan kepada konsep asas fermentasi
makanan serta aplikasi mikroorganisma seperti bakteria asid laktik, yis dan kulat
dalam menghasilkan makanan tradisional dan moden. Selain itu, kursus ini turut
menekankan kepentingan probiotik dan prebiotik dalam meningkatkan
kesihatan usus serta sistem imun manusia. Perbincangan juga meliputi teknologi
penghasilan protein sel tunggal (Single Cell Protein, SCP) sebagai sumber protein
alternatif yang berpotensi untuk menampung keperluan makanan global.
Melalui kursus ini, pelajar akan memperoleh pengetahuan tentang jenis
mikroorganisma bermanfaat, proses bioteknologi makanan berasaskan
fermentasi, serta inovasi produk berasaskan probiotik, prebiotik dan SCP. Kursus
ini diharap dapat melahirkan graduan yang memahami kepentingan
mikroorganisma dalam industri makanan dan berupaya mengaplikasikan
pengetahuan tersebut dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D),
penghasilan produk makanan inovatif, serta pengurusan keselamatan dan kualiti
makanan.