Food Science
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep asas dan aplikasi mikrobiologi makanan dengan tumpuan khusus kepada mikroorganisma patogen yang memberi kesan kepada keselamatan, kualiti, dan jangka hayat makanan. Pelajar akan mempelajari prinsip kawalan kualiti mikrobiologi melalui pengesanan mikroorganisma indikator dan patogen, memahami mekanisme kerosakan makanan akibat faktor intrinsik dan ekstrinsik, serta mengenal pasti penyakit bawaan makanan yang berpunca daripada bakteria, kulat, virus, dan toksin semula jadi. Turut diberi penekanan ialah aspek pertumbuhan dan kawalan mikroorganisma, termasuk faktor persekitaran yang mempengaruhi pembiakannya serta strategi pencegahan pencemaran. Melalui gabungan kuliah, video interaktif, dan tugasan penilaian kendiri, kursus ini melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran asas dalam menilai, mengesan, dan mengawal risiko pencemaran mikrobiologi makanan untuk menjamin keselamatan pengguna di peringkat global.