Food Science
Pengenalpasti Patogen Dalam Makanan Menggunakan Teknik Pengimejan
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah moden dalam mengenalpasti patogen yang mencemari makanan dengan menggunakan teknologi pengimejan. Peserta akan diperkenalkan kepada asas mikrobiologi makanan, jenis-jenis patogen utama yang sering ditemui, serta cabaran dalam kaedah konvensional pengesanan. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada teknik pengimejan terkini termasuk mikroskopi, pengimejan berasaskan sensor, serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin dalam analisis imej. Kursus ini juga menekankan aspek praktikal dengan sesi latihan hands-on untuk memahami bagaimana data imej diproses, dianalisis, dan digunakan bagi tujuan pengesanan pantas serta pemantauan kualiti makanan. Dengan gabungan teori dan aplikasi, kursus ini sesuai untuk penyelidik, pelajar pascasiswazah, pegawai makmal, dan pengamal industri makanan yang ingin meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam kaedah inovatif bagi memastikan keselamatan makanan.