Skip to main content

7 Courses

Percukaian Individu
Business
Preview Course

Business

Percukaian Individu

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada sistem percukaian Malaysia dengan menyediakan gambaran keseluruhan konsep asas undang-undang cukai pendapatan ke atas individu. Antara topik yang dibincangkan ialah maksud percukaian, jenis-jenis cukai, pihak yang dikenakan cukai, serta bagaimana pengiraan cukai individu dilakukan dengan mengambil kira item-item yang diberi perlepasan dan pengecualian cukai. Fokus kursus adalah ke atas cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan perniagaan di Malaysia.

This course introduces students to the Malaysian taxation system by providing an overview of the basic concepts of income tax law on individuals. Among the topics discussed are the meaning of taxation, the types of taxes, the taxable parties, and how the individual tax calculation is carried out, considering items entitled to reliefs and rebates. The course focuses on individual income tax and business income tax in Malaysia.




Audit Dalaman
Business
Preview Course

Business

Audit Dalaman

Kursus ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang peranan dan tanggungjawab juruaudit dalaman dalam menilai dan menambah baik keberkesanan proses pengurusan, kawalan dan tadbir urus risiko. Kursus ini memberi tumpuan kepada perkara yang perlu diketahui oleh juruaudit dalaman untuk menjalankan jaminan dan penglibatan perundingan yang berkesan dan cekap dalam membantu organisasi mencapai objektifnya. Kursus ini merangkumi fasa asas dalam proses penglibatan audit dalaman, iaitu merancang penglibatan, melaksanakan tugasan, dan menyampaikan hasil penglibatan. Pelajar juga akan didedahkan dengan Rangka Kerja Amalan Profesional Antarabangsa (IPPF), satu-satunya pengisytiharan yang diiktiraf secara global untuk profesion audit dalaman dan mengandungi perkara yang dianggap sebagai elemen penting untuk penyampaian perkhidmatan audit dalaman.

This course is aimed to provide students with an understanding of the roles and responsibilities of internal auditors in evaluating and improving the effectiveness of risk management, control and governance process. The course is focused on what internal auditors need to know in order to conduct an effective and efficient assurance and consulting engagement in helping an organisation to accomplish its objectives. The course covers the fundamental phases in the internal audit engagement process, i.e. planning the engagement, performing the engagement, and communicating engagement outcomes. Students will also be exposed to the International Professional Practices Framework (IPPF), the only globally recognised promulgations for the internal audit profession and contains what are considered the essential elements for the delivery of internal audit services.


Pemasaran Global
Business
Preview Course

Business

Pemasaran Global

Pengantar Pemasaran
Business
Preview Course
Global Business Services
Business
Preview Course

Business

Global Business Services

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami operasi perniagaan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) yang merupakan elemen penting dalam ekosistem ekonomi digital. Ia mendedahkan kepada pelajar tentang isu-isu penting GBS seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan kajian kes serta mengemukakan cadangan penyelesaian berasaskan kemahiran pengurusan praktikal kepada GBS terlibat.

Percukaian
Business
Preview Course

Business

Percukaian

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aspek percukaian di Malaysia.  Antara topik yang dibincangkan ialah maksud percukaian, jenis-jenis cukai,pihak yang dikenakan cukai, serta bagaimana pengiraan cukai dilakukan dengan mengambil kira item-item yang diberi perlepasan dan pengecualian cukai. Fokus kursus adalah ke atas cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan perniagaan di Malaysia.

Human Resources Management
Business
Preview Course